rap

Nama Siti Nurhaliza terus gah

Oleh Najiy Jefri

"SEGAN pun ada ni. Alhamdulillah, terima kasih banyak-banyak ye," tulis penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza di Instagram apabila namanya menduduki carta sohor kini di Twitter sempena ulang tahun kelahirannya ke 40, hari ini.

Siti melakar sejarah tersendiri selepas empat kata kunci iaitu #sitigolden40th, TokTi, Siti Nurhaliza dan Happy 40th hangat diperkatakan netizen di laman sosial itu sejak pagi tadi.

Lebih menarik, Siti dihujani ucapan tahniah dan doa daripada peminat terutama Sitizoners.

Dalam masa sama pengurusnya, Rozi Abdul Razak berkongsi berita gembira itu dan menganggap pencapaian Siti sebagai hadiah selepas berdepan segala macam dugaan.

"Bagilah dia peluang, hari jadi diakan hari ini, tiga sekali tu trending.

"Kadang-kadang, Allah duga kita, Allah beri kita cabaran, Allah limpahkan kita suka duka, bahagia, perit, berjaya, jatuh, aniaya, fitnah dan macam-macam untuk menghadirkan sesuatu, hanya dia saja yang dapat 'menikmati' erti segala sesuatu itu," tulisnya.

Penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu dilahirkan pada 11 Januari 1979.

Disiarkan pada: January 11, 2019 @ 7:41pm
d