rap

Rody Kristal dapat 'baby boy'

Oleh Ramlah Zainal

“SAYA bersyukur dengan kelahiran bayi lelaki comel ini dan ia anugerah cukup bermakna kerana sudah bergelar bapa.

“Saya dan isteri sepakat menamakan anak kami Adithya Jabbar yang bermaksud bukit yang perkasa,” kata gitaris kumpulan Kristal, Rody ketika mengulas kelahiran anak sulungnya itu.

Isterinya, Niena Azman selamat melahirkan bayi lelaki mereka secara normal 9.34 malam tadi di pusat perubatan swasta.

Menurut Rody, dia turut menemani Niena sepanjang proses kelahiran anak mereka.

“Niena dimasukkan ke wad selepas waktu Maghrib dan dua jam selepas itu dia selamat melahirkan anak kami.

“Alhamdulillah, isteri dan anak kami sihat dan cukup sifatnya. Insya-Allah, isteri dibenarkan pulang ke rumah hari ini.

“Niena juga akan menjalani tempoh berpantang selama tiga bulan di kediaman kami sendiri,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, berita gembira itu dikongsi Rody menerusi Instagram miliknya, hari ini.

“Alhamdulillah, 9.34 malam tadi telah selamat anakku ‘boy’ secara normal ke dunia.

“Tahniah isteriku Niena Azman, ‘love you all’,” tulisnya ringkas.

Niena juga berkongsi wajah bayi sulung mereka menerusi Instagram miliknya hari ini.

Rody atau nama sebenarnya Mohd Rodi Baharudin berkahwin dengan Niena yang juga penjaga gol Skuad Wanita Futsal Kebangsaan pada 27 April 2018.

Disiarkan pada: January 15, 2019 @ 11:38am
d