rap

Haneesya enggan komen

Oleh Syafil Syazwan Jefri

JUARA program realiti Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee, 19, enggan mengulas lanjut mengenai video pendek yang menunjukkan dia sedang bersosial bersama beberapa rakan di kelab malam, yang tular baru-baru ini.

"Saya minta maaf. Buat masa sekarang, saya tak mahu keluarkan apa-apa kenyataan," katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu, Nu Idektiv selaku pemilik jenama Dewi Remaja, mengeluarkan kenyataan bahawa pihak mereka masih menyiasat insiden tersebut.

"Selaku pemilik jenama Dewi Remaja, Nu Ideaktiv memandang serius terhadap video yang didakwa membabitkan peserta-peserta Dewi Remaja 2018/2019.

"Perkara ini dalam siasatan kami dan tindakan yang sewajarnya akan diambil," tulis mereka di beberapa platform media sosial milik mereka.

Dalam video berdurasi lapan saat itu, Haneesya yang juga pelakon drama bersiri Cik Reen Cik Ngok Ngek sedang berada di kelab malam dan memegang minuman.

Video itu tersebar di media sosial sejak dua hari lalu, namun dipadam oleh individu yang memuat naiknya tidak lama selepas itu.

Disiarkan pada: January 16, 2019 @ 2:25pm
d