rap

Nombor satu dalam tempoh tujuh jam

Oleh Michelle Gun

BIARPUN dikritik segelintir pihak, lagu baru Nur Fazura, Can’t Forget Me berjaya menduduki carta pertama aplikasi penstriman itunes dalam tempoh tujuh jam dilancarkan.

Fazura menerusi status di Instagram meluahkan rasa terharu dengan sambutan luar biasa terhadap lagu bahasa Inggeris itu yang dilancarkan hari ini.

“Nombor satu dalam tujuh jam dilancarkan? Terima kasih!.

“Saya gembira anda menyukai lagu ini sebagaimana saya amat menyukainya,” tulisnya.

Selain pencapaian itu, Can’t Forget Me juga melakar sejarah apabila menjadi muzik video termahal dihasilkan syarikat rakaman Universal Music Malaysia.

Dalam status lain, Fazura turut memberitahu pengikutnya, dia bakal mempersembahkan Can’t Forget Me di Konsert Elmina Lakeside di Shah Alam, malam esok.

Pelakon popular berusia 35 tahun itu dijangka mempersembahkan enam lagu.

Disiarkan pada: January 18, 2019 @ 10:36pm
d