rap

Inilah Aminah Rose saya...

Oleh Syafil Syazwan Jefri

PELAKON, Nadiya Nisaa, 34, hari ini berkongsi foto pertamanya bersama cahaya mata ketiganya, Aminah Rose yang dilahirkan pada 1 Januari lalu.

Nadia menerusi akaun Instagram miliknya, berkongsi rasa syukur atas nikmat diberikan Tuhan kepada dia sekeluarga di samping ucapan terima kasih kepada semua ahli keluarganya.

“Terima kasih dan rasa dihargai sekali apabila sekalian keluarga ada bersama-sama di sini menanti kelahiran dan tak putus-putus doa serta zikir untuk dipermudahkan segala urusan,” tulisnya.

Nadiya juga menitipkan pesan buat suaminya, Saiful Razman Kasim supaya meluangkan lebih banyak masa dengan anak sulung mereka, Omar yang kini berusia lapan tahun.

“Buat suami tercinta, terima kasih yang tak terhingga atas kesabaran dan kasih tanpa batas. Saya beruntung sekali.

“Tolong luangkan lebih banyak masa dengan Omar. Dia sedang cemburu dalam diam kerana saya asyik dengan ‘baby’ baru saja,” tulisnya disertakan dengan emoji.

Menutup tulisannya di ruangan kapsyen Instagram itu, Nadiya menyelitkan tanda pagar #newyearsbaby2019 sebagai simbol untuk tarikh kelahiran anaknya itu.

Nadiya dan Saiful berkahwin pada 2009. Sebelum ini, Nadiya pernah keguguran kandungan keduanya pada Julai 2016.

Disiarkan pada: January 22, 2019 @ 1:01pm
d