rap

Ruffedge rancang konsert di Malaysia Timur

Oleh Syafil Syazwan Jefri

SELEPAS berjaya dengan konsert di Kuala Lumpur dan Singapura pada tahun lalu, kumpulan Ruffedge bakal kembali mengadakan satu lagi konsert di Malaysia Timur.

Ruffedge yang dianggotai Cat Farish, Azan, Zain, Sein, Amir dan Mode merancang untuk bertemu peminat sama ada di Sabah atau Sarawak pada pertengahan atau penghujung tahun ini.

“Buat masa sekarang, lokasinya masih lagi dalam perbincangan, sama ada di Sabah atau Sarawak.

“Namun, kami merancang untuk membawa konsert seperti mana yang kami persembahkan di Kuala Lumpur dan Singapura ke Borneo pada pertengahan atau penghujung tahun ini,” kata Sein kepada Harian Metro.

Cat pula berkata, mereka mendapat reaksi positif secara berterusan daripada peminat.

“Sejak kami kembali bersatu dan membuat kemunculan semula, nampaknya, reaksi daripada peminat sangat positif.

“Kerana itulah kami ingin memberi peluang kepada mereka yang berada di Borneo dan tidak berpeluang menonton konsert di Kuala Lumpur dan Singapura untuk sama-sama menonton,” katanya.

Terbaru, Ruffedge baru saja melancarkan single terbaru mereka, Seperti Mereka.

Disiarkan pada: January 23, 2019 @ 3:25pm
d