rap

Lupita uji kemampuan diri

Oleh Ardini Sophia Sina

SEPANJANG tahun lalu, industri perfileman Hollywood masih mengekalkan prestasi dengan menghasilkan filem pecah panggung dan diminati di seluruh dunia.

Tuah menyebelahi Lupita Amondi Nyong’o apabila dia turut menjadi sebahagian daripada filem Black Panther yang berjaya meraih kutipan lebih AS$1.6 bilion.

Kerjaya lakonan Lupita semakin kukuh selepas membintangi filem 12 Years Slave dan memenangi Oscars bagi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada 2013 menerusi filem itu.

Lupita yang memulakan kerjaya pada 2005 berkata, untuk bertahan dalam bidang hiburan bukan perkara mudah.

Sehubungan itu, sebelum memulakan kerjaya dalam bidang itu, dia memahami tujuannya menceburi bidang berkenaan.

“Untuk terus berada dalam dunia seni bagi tempoh panjang, perkara pertama yang perlu saya sedari adalah tujuan sebenar saya memilihnya sebagai kerjaya.

“Begitu juga ketika memilih tawaran berlakon. Saya akan fikir, adakah saya berlakon dalam sesebuah filem itu untuk menang anugerah atau ada sebab lain? Membuat pilihan bukan perkara mudah.

“12 Years Slave sememangnya membantu meningkatkan kerjaya saya. Bagaimanapun, ketika berlakon dalam filem Star Wars, saya pernah bersikap skeptikal bahawa teknik CGI (Imej Janaan Komputer)

akan menghalang penonton melihat bakat sebenar pelakon,” kata pelakon berketurunan Kenya ini dalam satu temu

bual.

Selepas berlakon dalam 12 Years Slave, antara sebab Lupita menerima tawaran untuk berlakon dalam Star

Wars : The Force Awakens, Star Wars : The Last Jedi dan The Jungle Book sebagai pelakon suara adalah ingin menilai bakatnya sebagai pelakon.

Dalam filem Star Wars, Lupita membawa watak Maz Kanata dan sebagai Raksha dalam The Jungle Book.

“Watak itu sangat penting kerana saya ingin melihat kemampuan lakonan sendiri. Saya juga ingin merasai maksud sebenar bergelar anak seni.

“Untuk berjaya, kita harus meletakkan sepenuh kepercayaan pada cara kerja produksi untuk menghasilkan sebuah filem berkualiti dan tugas pelakon hanyalah menjayakan watak itu dengan baik,” katanya.

Dikatakan sedang bercinta dengan pelakon Michael B Jordan, bagaimanapun Lupita menafikan perkara itu dan menjelaskan mereka hanya sekadar teman rapat.

“Melihat kemesraan kami, mungkin ada yang salah

anggap. Bagaimanapun, saya dan Michael hanyalah sahabat. Kami mungkin rapat tetapi tidak lebih daripada seorang kawan.

“Umum mungkin mengharapkan kami bercinta tetapi maaf, perkara itu

tidak mungkin akan berlaku. Kami sudah lama kenal

dan tidak ada rasa untuk menjadi pasangan kekasih,” katanya.

Disiarkan pada: January 29, 2019 @ 11:24am
d