rap

Tetap 'on', walau tanpa Ahmad Dhani

Oleh Syafil Syazwan Jefri

PENYANYI, Ari Lasso menerusi akaun Instagramnya menulis bahawa tidak ada apa-apa yang akan berubah dalam Konsert Dewa 19 Reunion Live in Malaysia Feat Ari Lasso & Once yang akan berlangsung pada Sabtu ini.

Menurutnya, semuanya akan berlangsung seperti yang sudah dijadualkan.

“Untuk Baladewa dan Baladewi Malaysia, kami akan tetap meneruskan konsert pada tangga 2 Februari di Kuala Lumpur, seperti yang dijadualkan.

“Walaupun Ahmad Dhani tidak turut serta. Semoga bertemu,” tulisnya berserta tanda pagar #dewa19 dan #dewa19reunionmy.

Penyanyi lagu Rahasia Perempuan itu juga memuat naik gambarnya bersama Dhani di Instagram Story.

“Hadapi dengan senyuman,” tulisnya di Instagram Story.

Semalam, Dhani atau nama sebenarnya Dhani Ahmad Prasetyo didapati bersalah melakukan jenayah penyebaran kebencian di media sosial miliknya mula tular di media Indonesia.

Isu itu timbul apabila Dhani menggunakan akaun Twitter miliknya iaitu @ahmaddhaniprast dengan menimbulkan kebencian terhadap suatu golongan dengan menyuruh melakukan, menyebarkan informasi atas golongan berdasarkan suku, agama dan kaum.

Atas jenayah itu, Dhani dijatuhi hukuman penjara selama setahun enam bulan.

Disiarkan pada: January 29, 2019 @ 4:33pm
d