rap

Kawan perempuan jauhkan diri sejak janda - Ezlynn

Oleh Ramlah Zainal

“SAYA akan cuba jauhkan diri dan mengelak daripada berkawan dengan suami orang.

“Tapi saya tidak boleh mengelak kalau itu ketentuan Allah SWT,” kata penyanyi Ezlynn ketika ditanya sama ada dia tidak kisah berkawan dengan lelaki yang berstatus suami orang.

Menurut pemilik nama sebenar, Azline Ariffin, 37, dia juga masih belum bersedia untuk menjalin hubungan serius dengan mana-mana lelaki.

“Saya memang ada berkawan dengan lelaki tetapi hanya sekadar kawan saja.

“Namun, saya mengakui ramai kawan perempuan pula yang seakan menjauhkan diri sejak bergelar janda,” katanya kepada Harian Metro.

Ezlynn ditemui pada majlis pelancaran video muzik rasmi singlenya berjudul Goyang di The Garden Mall, Kuala Lumpur, petang tadi.

Ditanya mengenai kehidupannya sejak kembali solo, Ezlynn mengakui sudah membina hidup baru selepas bercerai.

“Saya mahu keluar daripada kegelapan yang lalu sebab itu tampil dengan imej baru sekali gus kembali merancakkan bidang seni.

“Sebab itu saya tampil dengan lagu Goyang menampilkan konsep muzik fun ska yang ceria sesuai dengan imej baru sekarang,” katanya.

Ezlynn dan suaminya Adam Fahmy Shamsudin bercerai pada Oktober 2017.

Disiarkan pada: January 29, 2019 @ 7:16pm
d