rap

Carilah kawan berfikiran positif - Nourul

Oleh Michelle Gun

PENYANYI Nourul Wahab Depp mendedahkan hampir kemurungan berikutan masalah kewangan yang dihadapi 10 tahun lalu.

Menurut penyanyi berusia 41 tahun itu, krisis terbabit berlaku disebabkan gagal menguruskan wang dengan baik.

"Muka senyum tetapi dalam hati, Allah saja tahu. Kena macam-macam," tulisnya di Instagram, semalam.

Bagi menenangkan fikiran, Nourul melakukan aktiviti yang digemari iaitu menunggang kuda bersama anaknya, Ayu Nazirah.

“Mungkin anugerah Allah sedia ada, rimas dengan pemikiran negatif. Jadi, cari kawan yang positif.

“Itu kisah dulu. Alhamdulillah, Allah pertemukan seorang hamba-Nya yang boleh membimbing dan mengubah hidup 360 darjah,” ujarnya.

Nourul yang mencipta nama menerusi lagu Kerana Terluka turut menasihati pengikutnya agar mengubah kehidupan ke arah lebih baik.

“Kalau belum berubah, buatlah perubahan. Maksudnya perubahan yang lebih baik. Dari segi emosi, pemikiran, spiritual dan juga paling penting ekonomi,” katanya.

Disiarkan pada: January 31, 2019 @ 9:34pm
d