rap

Smith kongsi kisah cinta

Oleh Michelle Gun

Penyanyi popular Sam Smith memberi bayangan mahu meluahkan kisah cinta tidak kesampaian kepada bekas kekasih dalam muzik barunya.

Pemilik lagu Stay With Me ini baru saja berpisah dengan kekasihnya tahun lalu selepas sembilan bulan bercinta.

“Saya menulis lirik yang jujur dan menceritakan kisah peribadi sebenar.

“Namun begitu, saya masih berfikir adakah pendekatan itu bagus atau sebaliknya.

“Sepatutnya saya tidak mendedahkan terlalu banyak kisah peribadi, tetapi sukar berbuat demikian,” katanya.

Dengan populariti dikecapi, Smith, 26, mengakui perkongsian kisah peribadinya kepada umum sebenarnya kurang sesuai.

Kata penyanyi itu lagi, ada hubungannya dengan beberapa kekasih lalu tidak berakhir dengan baik.

Perkembangan lain, Smith mendedahkan bakal bekerjasama dengan beberapa penyanyi pop popular.

Pada 2017, Smith mengeluarkan album kedua berjudul The Thrill of It All yang meraih kejayaan membanggakan.

Terkini, dia memperkenalkan single duet baru bersama Normani, Dancing With A Stranger.

Lirik video single itu mencecah lebih 24 juta tontonan sejak dilancarkan di YouTube dua minggu lalu. Video muzik rasmi yang dimuat naik pada 29 Januari lalu ditonton lebih 2.6 juta kali.

Disiarkan pada: February 1, 2019 @ 11:26am
d