rap

Niena tak keruan kerana anak

Oleh Georgie Joseph

PELAKON Datin Niena Baharun mengakui sukar keluar rumah sejak melahirkan cahaya mata sulung, Adiel Mikael yang kini berusia tiga bulan.

Niena, 25, yang popular menerusi watak Husna dalam drama Jangan Benci Cintaku berkata, dia juga tidak keruan berenggang dengan anaknya walaupun sesaat.

“Sekarang saya kena fikir 10 kali kalau nak keluar rumah. Memang berat hati apabila sudah terbiasa bersamanya dan kalau nak tinggalkan dengan orang lain pun saya akan teragak-agak.

“Paling lama saya pernah tinggalkan dia pun empat jam. Nak main Instagram dan media sosial pun tak ada masa.

“Anak masih menyusu badan sepenuhnya. Tunggulah anak berusia enam bulan hingga setahun, baru fikir untuk kembali berlakon pula,” katanya.

Niena berkata, masih ada yang mengusiknya dengan memanggilnya Husna impak daripada pembawaan watak itu sebelum ini.

“Kawan suami pun usik dia beristerikan Husna tetapi dia gelak saja. Keluarga sebelahnya pun ada mengusik,” katanya.

Niena dan suami, Datuk Aliff Firdaus Abdul Hadim berkahwin pada 1 Februari tahun lalu di Kota Bharu, Kelantan.

Pasangan itu dikurniakan anak lelaki pada 24 Oktober lalu.

Disiarkan pada: February 3, 2019 @ 6:21pm
d