rap

Di Matamu cetus 'perang'

Oleh Syafil Syazwan Jefri

Instagram milik penyanyi, Sufian Suhaimi tidak putus dengan ucapan tahniah peminat yang menyukai persembahan hebatnya ketika menyampaikan lagu Di Matamu di pentas Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33) semalam.

Dalam pada itu, ramai juga netizen perang mulut mengaitkan persembahannya dengan majlis perkahwinan pelakon yang juga bekas kekasihnya, Elfira Loy.

"Tahniah Pian. Abaikan saja kata-kata orang sebelah sana," tulis seorang netizen di ruangan komen.

Ramai meluahkan rasa sebak kerana persembahan lagu Di Matamu oleh Sufian itu benar-benar menyentuh jiwa.

Berbeza pula di laman Instagram Elfira, tercetus peperangan antara peminat Sufian dan Elfira.

Antara komen yang mencuri perhatian adalah apabila ada netizen menganggap Sufian menggunakan taktik terbaik dengan meminjam idea pelamin Elfira.

"Wah, menjadi betul taktik Sufian Suhaimi sampai dapat persembahan terbaik. Mula-mula, orang dah reda kutuk El. Kemudian, dia pinjam idea pelamin El untuk nampak lebih sedih," tulis netizen.

Peminat Sufian kemudian membalas komen itu dengan menyuarakan sokongan terhadap artis kesayangan mereka itu.

"Kau yang tak boleh 'move on' dan jadi batu api," balas peminat Sufian.

Di Twitter, nama Sufian menjadi sohor kini dan berada di tempat ke-16 dalam senarai sohor kini Malaysia dengan hampir 170,000 'tweet' mengenainya.

Disiarkan pada: February 4, 2019 @ 2:20pm
d