rap

'Ini ujian Emma' - Kamal Adli

Oleh Najiy Jefri

BEKAS kekasih Emma Maembong yang juga pelakon Kamal Adli enggan ‘membuka mulut’ mengenai keputusan pelakon itu membuka tudung.

Kamal berkata, tidak manis untuk dia mengulas perkara itu kerana antara mereka sudah tiada apa-apa hubungan.

"Saya tak nak komen apa-apa. Kita doakan yang baik-baik untuk dia.

"Saya anggap apa yang berlaku adalah ujian untuk Emma," katanya.

Kamal juga berharap supaya netizen tidak keterlaluan mengecam Emma.

Terdahulu Emma mendedahkan dirinya sudah tidak lagi berhijab sejak tiga hari.

Berita berkaitan

'Ini kehendak saya' [METROTV]

'Hilang 'respek' saya kat Emma' - peminat

'Bertaubatlah Emma' - Hassan Mahmud al-Hafiz

Disiarkan pada: February 6, 2019 @ 10:10pm
d