rap

Pemain dram Metallica jual rumah RM49 juta

Oleh BM

MENURUT SFGate, sebuah rumah agam di Utara California yang dimiliki pemain dram Metallica, Lars Ulrich kini dibuka untuk jualan pada harga ASD12 juta (RM49 juta).

Rumah dengan keluasan 13,000 kaki persegi itu mempunyai enam bilik tidur serta sembilan bilik mandi yang terletak di Tiburon, tidak jauh dari Teluk San Francisco dan perlu menaiki feri untuk ke situ.

Rumah terbabit turut memiliki studio rakaman, kompleks sukan bawah tanah, kolam renang dan sauna, akuarium di atas tab mandi serta beberapa kemudahan lain demi keselesaan.

Kumpulan Metallica datang ke San Francisco pada awal 1983 dan Ulrich menetap di Marin County, utara bandar itu sejak 1990-an.

Biarpun pasport dan masih rakyat Denmark tetapi dia begitu kagum dengan San Francisco.

"Ia bandar yang cemerlang," katanya kepada Scandinavian Traveler.

"Ia seperti masa depan diwujudkan di wilayah San Francisco dan keseluruhan teknologi berada di situ.

Ia tempat menarik untuk menetap dan saya tidak dapat membayangkan tinggal di tempat lain di Amerika Syarikat," katanya.

Bulan lalu, salah satu daripada dua hartanah gitaris Metallica, Kirk Hammett di Sea Cliff, barat laut San Francisco, dijual pada harga ASD13j (RM53j) tetapi diturunkan harga kepada ASD11.9j (RM48j).

Rumah itu terletak di kawasan eksklusif tepi pantai dan mula berada dalam pasaran hartanah terhad tahun lalu.

Disiarkan pada: February 13, 2019 @ 5:11pm
d