rap

Mana Norman kesayangan Kylie?

Oleh Syafil Syazwan Jefri

KALAU sudah namanya selebriti, tempias populariti bukan saja akan terkena kepada diri sendiri, tetapi apa saja yang berada di sekeliling mereka termasuklah haiwan peliharaan.

Terbaru, netizen bertanya kepada bintang realiti TV, Kylie Jenner mengenai anjing kesayangannya, Norman yang sebelum ini pernah memiliki akaun Instagram khas.

Persoalan itu timbul selepas Kylie memuat naik gambarnya bersama anjing baru bernama Wesley, Isnin lalu.

Kylie bagaimanapun membalas soalan itu dengan jawapan ringkas.

“Apa yang membuatkan kalian terfikir bahawa ada sesuatu berlaku kepada Norman?” soalnya kembali kepada netizen.

Menambah komennya, bintang Keeping Up With the Kardashians itu juga menegaskan bahawa Norman masih lagi menjadi antara bahagian penting dalam kehidupannya.

“Saya tidak memuat naik gambar anjing-anjing peliharaan saya terlalu kerap, tapi tak bermakna mereka tidak penting dalam hidup saya,” katanya.

Akaun Instagram untuk Norman pada 2016 dan foto terakhir yang dimuat naik ke laman Instagram itu adalah pada Disember 2017.

Peminatnya juga tidak boleh terlalu menyalahkan Kylie sekiranya dia tidak menang tangan untuk berkongsi foto bersama Norman memandangkan dia kini menjaga puteri kesayangannya, Stormi.

Sebagai ibu, dia kini lebih banyak meluangkan masa untuk merakamkan saat-saat indah bersama anak dan berkongsi mengenai perkembangan anaknya itu.

Disiarkan pada: February 14, 2019 @ 11:37am
d