rap

Muntah dan cirit-birit berterusan

Oleh Michelle Gun

PENYANYI Azharina Azhar masih lemah akibat mengalami muntah dan cirit-birit berterusan sejak tiga hari lalu. 

Kakak angkatnya, Nuraisyah Tan berkata, penyanyi itu sudah menjalani ujian ‘ultra-sound’ bagi memastikan punca sebenar.

"Azharina dimasukkan ke pusat perubatan di Puchong pagi semalam selepas keadaannya masih tidak pulih. Sebelum itu, saya membawa dia mendapatkan pemeriksaan di pusat perubatan sama dan doktor meminta dia pulang untuk berehat.

"Walaupun doktor sudah memberi ubat, dia masih muntah dan cirit-birit hingga hilang tenaga," katanya.

Nuraisyah berkata, doktor mengesahkan Azharina tidak menghidap denggi atau jangkitan virus. 

"Dia juga mengadu rasa sakit apabila perut ditekan. Sebelum ini, Azharina mengadu urat kaki bengkak disusuli demam tidak lama selepas itu," katanya. 

Sementara itu, Azharina turut memuat naik status di media sosial mengenai keadaan kesihatannya.

"Sujud syukur kerana saya sudah boleh duduk dan bercakap walaupun perlahan. Doakan kesembuhan saya," tulisnya.

Disiarkan pada: February 14, 2019 @ 7:54pm
d