rap

Syifa Melvin hanya kawan dengan Fendy Bakry

Oleh Sudirman Mohd Tahir

PELAKON, Syifa Melvin menafikan dakwaan mengatakan dia bercinta dengan pelakon Fendy Bakry seperti yang disiarkan dalam sebuah akhbar mingguan (bukan terbitan NSTP) baru-baru ini.

Syifa, 25, atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin berkata, dia perlu menjelaskan perkara itu kerana tidak mahu disalah anggap oleh peminat pelakon Mr Grey itu.

“Saya tak dilamun cinta pun seperti apa yang ditulis. Saya berkawan biasa saja. Kami hanya bertegur sapa di Instagram saja.

“Tidak tahu macam mana boleh timbul isu saya mesej sambil senyum. Itu semua bohong.

“Kalau berjumpa pun di acara dan atas urusan kerja saja. Saya berasakan penjelasan ini perlu sebab tidak mahu peminat dia marah dan pasarannya terjejas,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Syifa, dia sedia maklum Fendy sudah mempunyai kekasih.

“Saya pernah baca dalam laporan media dia sudah ada kekasih. Saya doakan dia bahagia dan wanita itu menerimanya seadanya,” katanya.

Ditanya sama ada dia kini bercinta dengan lelaki lain, Syifa yang juga adik kepada pelakon, Syatilla Melvin turut menafikan perkara itu.

“Saya masih solo dan belum fikir soal cinta atau jodoh. Kalau boleh, saya nak memberi fokus kepada kerjaya lakonan dulu,” katanya.

Disiarkan pada: February 19, 2019 @ 6:27pm
d