rap

Kami dah promosi, tak tahu sindir siapa?

Oleh Ramlah Zainal

“SAYA tidak tahu sindiran itu ditujukan kepada pelakon mana pun.

“Saya sendiri sudah mempromosikan drama Leftenan Zana seperti yang sepatutnya di laman Instagram.

“Begitu juga Janna Nick yang turut mempromosikan drama itu di laman Instagramnya,” kata pelakon Tunku Hanis ketika mengulas status perkongsian penerbit Sheila Rusly yang didakwa netizen ditujukan kepada pelakon Janna Nick yang juga watak utama drama bersiri Leftenan Zana yang kini bersiaran di TV3.

Bagaimanapun, penerbit JS Pictures itu dalam komen balasnya memaklumkan status itu tidak memperli sesiapa dan netizen hanya membuat kesimpulan seperti mereka tahu segala-galanya.

Menurut Tunku Hanis yang memegang watak utama sebagai Leftenan Razlina, dia juga tidak tahu menahu mengenai dakwaan netizen hubungan Sheila dan Janna kini tidak akrab lagi.

“Apa yang saya tahu, hubungan mereka rapat seperti ibu dan anak.

“Saya memang tidak suka campur urusan pelakon lain tetapi sepanjang penggambaran drama bersiri ini semuanya berjalan lancar,” katanya.

Mengulas lakonannya sebagai Leftenan Razlina, kata Tunku Hanis, dia juga sanggup memotong pendek rambutnya untuk menjiwai watak terbabit.

“Saya juga belum berhijab ketika terbabit dengan penggambaran drama itu.

“Justeru, saya berharap tiada netizen yang mengkritik kenapa tidak berhijab dalam drama itu,” katanya.

Drama bersiri Leftenan Zana arahan Jinggo turut dibintangi pelakon Sheila Rusly dan Redza Rosli.

Ia mula bersiaran sejak 8 Februari lalu setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam di TV3.

Berita berkaitan

'Cerita sindir-sindir ni tak payah komenlah'

Disiarkan pada: February 22, 2019 @ 4:42pm
d