rap

Selesa bawa koleksi sendiri

Oleh Norhayati Nordin

SELAIN jalan cerita drama atau filem yang menarik, tarikan penonton juga terarah kepada pakaian digayakan seseorang pelakon.

Jadi, semestinya sesuatu watak itu harus ditampilkan dengan pakaian sesuai untuk menyerlahkan karisma pada watak berkenaan.

Namun, di antara pelakon dan pihak wardrobe kadang-kadang tak sependapat.

Jadi, ada segelintir pelakon lebih selesa membawa pakaian sendiri.

Justeru, sejauh mana peranan penata gaya di lokasi membantu pelakon? Mana satu pilihan pelakon, bawa sendiri atau guna pakaian disediakan pihak produksi?

Datuk Rosyam Nor (penerbit, pelakon)

“Saya memang sentiasa bawa pakaian koleksi sendiri untuk digunakan sepanjang terbabit dalam penggambaran drama atau filem. Ia lebih memudahkan saya membuat pilihan pakaian yang sesuai dengan watak untuk menjayakan sesuatu babak dan

selesa dipakai.

“Bukan tidak yakin penata gaya disediakan, tetapi saya sudah terbiasa sejak dari awal pembabitan sebagai pelakon.

“Bagaimanapun, tidak ada masalah untuk saya memakai pakaian disediakan asalkan menepati kehendak watak serta jalan cerita.”

Along Cham (pelakon, pelawak, pengacara)

“Saya seorang yang tidak gemar terlalu berharap kepada koleksi pakaian disediakan pihak produksi. Saya

lebih suka guna pakaian sendiri.

“Saya juga sanggup berbelanja membeli pakaian baru hanya untuk digunakan dalam drama dibintangi. Sebagai pelakon, saya berasakan harus ada inisiatif sendiri untuk membeli pakaian baru atau mencari penaja untuk pakaian yang sesuai.

“Namun, saya masih sedia berbincang dengan penata gaya di lokasi untuk bertukar pendapat dalam membuat pilihan pakaian sesuai.

Reen Rahim (pelakon)

“Saya selalunya akan berhubung dulu dengan sesiapa saja yang bertugas di bahagian pakaian

untuk berbincang. Biasanya kami akan mencapai kata sepakat awal. Saya akan bawa pakaian sendiri dan pihak berkenaan juga melakukan tindakan sama.

“Apabila penggambaran bermula, kami hanya perlu buat suai padan saja pakaian yang sesuai untuk memenuhi tuntutan watak dilakonkan nanti.

“Komunikasi sangat penting kerana setiap individu ada komitmen tugas masing-masing. Lagipun, ia kerja berpasukan.”

Disiarkan pada: February 23, 2019 @ 5:30am
d