rap

Mahu bersih nama

Oleh Georgie Joseph

ANNYEONGHASEYO! Belum reda insiden di kelab miliknya, Seungri dituduh terbabit skandal rasuah, penggunaan dadah terlarang, pelacuran dan macam-macam lagi.

Polis memulakan siasatan untuk mencari sejauh mana kebenaran khabar angin membabitkan penyanyi itu. Antara yang hangat diperkatakan adalah penyanyi itu menawarkan pelacur kepada pelabur antarabangsa.

Seungri bagaimanapun menerusi kenyataan wakil YG Entertainment menegaskan bersedia menerima hukuman jika disabitkan kesalahan. Menurut anggota kumpulan BIGBANG itu, dia akan beri kerjasama sepenuhnya sepanjang proses siasatan demi membersihkan namanya.

“Berikut kenyataan Seungri yang agensi terima semalam. Seungri sekali lagi memohon maaf kepada semua berikutan berita kurang menyenangkan yang hangat diperkatakan ramai sepanjang bulan ini.

“Dia akan beri kerjasama sepanjang proses siasatan kes dadah dan semua tuduhan membabitkan dirinya,” kata wakil itu.

Pada masa sama, agensi memaklumkan Seungri bersedia menerima hukuman jika didapati bersalah. Jika sebaliknya, YG akan mengambil tindakan terhadap individu yang menyebarkan dakwaan itu.

“Harap pihak berkuasa merungkai kebenaran khabar angin tidak masuk akal itu. Seungri sedia dihukum jika benar-benar bersalah. Dia akan menerimanya meskipun hukuman itu keras.

“Bagamanapun, jika tuduhan itu palsu, kami akan ambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkannya,” kata wakil YG Entertainment.

Disiarkan pada: February 28, 2019 @ 1:00pm
d