rap

Risteena kahwin November ini?

Oleh Syafil Syazwan Jefri

PELAKON, Nur Risteena dikatakan bakal melangsungkan perkahwinan pada November ini dengan kekasihnya, yang juga bekas pelakon, Ikhwan Khairuddin.

Risteena, 30, atau nama sebenarnya Nur Risteena Munim Zainul Ilyas bagaimanapun tidak mahu mengiyakan atau menafikan perkara itu.

“Saya tak boleh komen apa-apa mengenainya buat masa sekarang kerana tumpuan pada penggambaran yang ‘back to back’.

“Namun, saya tidak mahu menafikan apa-apa kerana takut kalau ia benar-benar berlangsung,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, jadual lakonan yang sangat padat membuatkannya tidak punya masa sesuai untuk berfikir mengenai perkahwinan.

“Mungkin kalau semua kerja lakonan selesai dan saya pun dah tak terlalu sibuk, saya akan kongsikan mengenainya.

“Jadi, mohon kepada semua untuk menunggu kenyataan daripada saya sendiri,” katanya.

Terbaru, Risteena baru saja selesai menjalani penggambaran drama Izinkan Aku Pulang bergandingan bersama Saharul Ridzwan dan juga drama bersiri Instagram Anak Jebat.

Disiarkan pada: March 1, 2019 @ 6:19pm
d