rap

Majlis Zain glamor habis

Oleh Cik Pang

Seronok Cik Pang tengok majlis sambutan ulang tahun kelahiran pelakon yang juga suami kepada Rozita Che Wan, Zain Saidin.

Majlis bersempena ulang tahun kelahiran yang ke-35 itu nampak sangat meriah dan serba mewah.

Dekorasi lokasi yang juga sebuah restoran tampak sempurna dengan tema warna emas serta hitam.

Dalam kata lain, memang glamor habis, sesuai dengan status Rozita atau Che Ta yang orang tahu, sentiasa tampil eksklusif ke mana saja dia pergi.

Seronok Cik Pang lihat hubungan cinta antara Zain dan Che Ta yang sentiasa diwarnai kebahagiaan meski ramai orang bercakap sebaliknya.

Apa yang pasti, pada usia 35 tahun, tentu Zain mengharapkan yang terbaik buat kehidupannya dan keluarga tercinta.

Selamat hari lahir, Zain.

Disiarkan pada: March 3, 2019 @ 10:00am
d