rap

Sudah 'ready' bikin konsert

Oleh Georgie Joseph

DATUK Awie, 50, kini semakin pulih dan sudah kembali aktif dengan kerjaya nyanyian dan lakonannya.

Awie yang sebelum ini beberapa kali dimasukkan ke hospital juga akan kembali aktif di pentas konsert bersama kumpulan Wings.

Pada hujung Disember lalu, Awie dimasukkan ke hospital selama seminggu selepas mengadu sesak nafas. Sebulan selepas itu, beliau ditahan lagi di hospital selepas mengadu sakit di bahagian atas perut, dada dan belakang badan.

Sebelum itu, Awie turut mengalami sakit kaki hingga menyukarkannya berjalan.

“Saya sudah okay, tetapi masih menjalani rawatan susulan. Saya juga kembali menjayakan tawaran lakonan dan nyanyian yang diterima.

Awie berkata, dia juga akan kembali berlatih bersama Wings menjelang konsert mereka yang akan berlangsung tidak lama lagi.

“Mengikut perancangan, konsert itu akan diadakan pada 4 Mei ini, tetapi lokasinya masih belum ditentukan,” katanya.

Disiarkan pada: March 6, 2019 @ 12:21pm
d