rap

Mawar dan Raf timang anak

Oleh Najiy Jefri

AKTRES Mawar Rashid selamat melahirkan bayi sulungnya seberat 3.4 kilogram secara normal di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur jam 11.33 malam tadi.

Berita gembira itu dikongsikan suaminya, Raf Yaakob di Instagram miliknya hari ini.

"Syukur Alhamdulillah. Tanggal 13 Mac, isteri saya Mawar Rashid selamat melahirkan anak sulung kami secara normal seperti yang diimpikan.

"Kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan baik. Buat masa ini, beri masa untuk Mawar dan bayi kami berehat dulu.

"Insya-Allah, esok kami akan kongsikan perkembangan lain. Terima kasih kepada semua yang mendoakan," tulisnya.

Raf ketika dihubungi bagaimanapun belum bersedia mendedahkan jantina cahaya matanya itu dan meminta peminat menunggu jawapan menerusi entri yang akan dikongsikan nanti.

“Insya-Allah saya akan kongsikan jantina anak malam ini atau esok,” katanya.

Disiarkan pada: March 14, 2019 @ 6:07pm
d