rap

Ada pihak 'cucuk' Amyza dengan Didie

Oleh Sudirman Mohd Tahir

PELAKON Amyza Aznan mendedahkan masih ada pihak yang cuba melaga-lagakan dirinya dengan pelakon, Didie Alias.

Amyza, 43, berkata, dia dan Didie menjadi lebih akrab selepas berbaik semula sejak empat tahun lalu dan menyifatkan tidak ada siapa boleh merosakkan persahabatan mereka lagi.

“Diakui sebelum ini kami bergaduh. Tetapi, selepas berbaik semula, hubungan kami menjadi lebih akrab. Ibaratnya sekarang, tiada siapa boleh runtuhkan persahabatan kami.

“Selepas apa yang berlaku, kami lebih matang. Tapi itulah, apabila sudah berbaik masih ada individu dan pihak yang kurang senang. Diakui ada saja yang ‘cucuk-cucuk’.

“Tapi, kami saling percaya. Siapa yang cuba lagakan kami lagi tak ‘luak’ dah. Jangan sampai nak fitnah sudahlah. Itu memang teruk,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Amyza, sejak berbaik Didie adalah tempat meluahkan perasaan dan mengadu nasib.

“Didie adalah kawan baik saya sekarang. Dia tempat saya menangis dan mengadu kalau ada apa-apa masalah. Dia juga saksi jatuh bangun saya dalam bidang perniagaan.

“Sewaktu bergaduh, mak kami menangis. Mereka pula memang rapat. Macam mak saya, setiap hari bertanya. Apabila sudah baik semula, mereka yang paling gembira.

“Hinggakan kalau saya pulang rumah, mak akan tanya mana Didie. Mak kami siap bagi amaran supaya tidak bergaduh lagi,” katanya.

Ditanya punca pergaduhan mereka, Amyza berkata ia disebabkan angkara pihak ketiga yang membawa mulut.

Perkembangan lain, Amyza terbabit dalam penggambaran tiga drama untuk tayangan TV3.

Disiarkan pada: March 18, 2019 @ 2:53pm
d