rap

Isteri Chot XOXO hamil

Oleh Syafil Syazwan Jefri

PELAWAK, Chot dari kumpulan XOXO berkongsi kegembiraannya mengenai berita kehamilan isterinya.

Berita itu juga umpama satu anugerah buatnya selepas kematian anak pertamanya, Muhammad Sher Harraz pada 8 Oktober tahun lalu akibat komplikasi jantung.

“Alhamdulillah, satu anugerah yang paling berharga buat saya dan isteri. Kini, usia kandungan isteri sudah masuk lima bulan dan semua perkembangan bayi nampak positif,” katanya kepada Harian Metro.

Kata Chot, 29, atau nama sebenarnya Hazmeer Hassan, dia pada awalnya tidak mahu berkongsi mengenai berita itu kerana terlalu awal.

“Di peringkat awal, hanya keluarga dan rakan terdekat saja tahu kerana banyak benda yang saya risaukan di peringkat awal kehamilan.

“Sekarang, kami dah bersedia untuk kongsikan dengan semua dan bayi pun dah mula menendang perut ibunya,” katanya.

Dia juga memohon supaya semua mendoakan kesejahteraan bayi dan isterinya.

“Doa yang baik-baik dan saya doakan juga pada kalian yang belum ada rezeki lagi. Semoga kalian juga diberikan zuriat yang soleh dan solehah serta dipermudahkan segala urusan,” tulisnya.

Di Instagram, ramai akan artis yang mengucapkan tahniah dan berkongsi rasa gembiranya di ruangan komen muat naik foto imbasan kandungan yang dikongsikan Chot.

Disiarkan pada: March 22, 2019 @ 5:42pm
d