rap

Lupakan kisah lama, buka buku baru

Oleh Ardini Sophia Sina

“MULAI hari ini, saya akan berhenti bercerita kisah lama dan akan menjalani kehidupan baru,” kata bekas tunang pelakon Remy Ishak iaitu Ezza Yusof yang tetap positif walaupun melalui episod pahit dalam hidupnya.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Ezza yang menyambut ulang tahun ke-36 hari ini berkata, dia percaya setiap yang terjadi itu pasti ada sebabnya.

“Alhamdulillah, selamat hari jadi buat diri saya! Mari kita mulakan hari istimewa ini dengan tenaga baru. Insya-Allah.

“Rahsia perubahan adalah dengan menumpukan tenaga untuk membina perkara baru dan bukannya memperjuangkan yang lama,” katanya.

Ezza percaya kejayaan itu pasti tiba walaupun dia terpaksa melalui fasa sukar.

“Tidak ada apa pun yang dapat menghalang atau melambatkan saya. Perkara itu mencetuskan motivasi dan inspirasi untuk tampil dengan koleksi baharu,” katanya.

Remy dan Ezza mengikat tali pertunangan pada Mei 2017.

Bagaimanapun, Rabu lalu, pelakon itu mengesahkan pertunangan mereka putus kira-kira sebulan lalu.

Remy menegaskan perpisahan mereka bukanlah disebabkan oleh orang ketiga seperti mana yang dakwaan netizen.

Disiarkan pada: March 24, 2019 @ 7:00pm
d