rap

Juliana Evans hamil lima bulan

Oleh Najiy Jefri

PELAKON dan pengacara, Juliana Evans berkongsi khabar gembira apabila dia kini hamil anak pertama selepas menanti hampir dua tahun.

Juliana berkata, kehamilan yang memasuki bulan kelima itu adalah berita gembira buat dirinya dan suami.

"Saya sangat gembira untuk mengumumkan bahawa tinggal tiga bulan saja lagi untuk bersalin.

"Saya serta suami teruja untuk bergelar ibu dan bapa kepada anak dalam kandungan ini dan tak sabar untuk berkongsi berita baik kepada semua," tulisnya di Instagram.

Juliana yang membuat pengumuman itu di akaun Instagram miliknya hari ini dilihat tidak henti dihujani ucapan tahniah daripada peminat serta rakan artis.

Rata-rata memanjatkan rasa syukur dan mendoakan supaya kandungan pertamanya itu berjalan dengan baik serta tidak sabar untuk melihat Juliana bergelar ibu.

Juliana mendirikan rumah tangga bersama Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj pada April 2017.

Disiarkan pada: March 29, 2019 @ 3:56pm
d