rap

Shah Radhi rancang buka pub halal

Oleh Amirul Haswendy Ashari

PELAKON, Shah Radhi Hazvee, 23, merancang untuk menjalankan bisnes pub yang dikhususkan buat golongan muda tidak lama lagi.

"Saya memang sukakan semua jenis hiburan lebih-lebih lagi muzik walaupun tidak pandai menyanyi.

"Saya mahu mewujudkan sebuah tempat di mana golongan muda boleh lepak, minum sambil layan muzik," katanya.

Bagaimanapun katanya, bisnes pub yang bakal dibuka hanya menghidangkan minuman dan makanan halal saja.

Kata pelakon yang bakal muncul dalam drama Hero Bomba 2 itu, perancangan membuka pub halal itu sebagai memenuhi kepuasan diri semata-mata.

Selain itu, dia yang bakal muncul dengan drama Hero Bomba 2 juga merancang membuka bisnes gunting rambut.

"Pada masa ini saya sudah pun mencari lokasi strategik untuk membuka dua bisnes ini di Subang Jaya.

"Kalau tiada aral, bisnes ini akan bermula dalam tempoh terdekat," kata pelakon berasal Kuala Kubu Baru itu.

Katanya, pub itu juga akan mempunyai slot persembahan sendiri seperti pementasan muzik dan teater mengikut tema pilihan setiap minggu.

Disiarkan pada: April 4, 2019 @ 3:50pm
d