rap

Shaheizy Sam, Syatilla timang anak perempuan

Oleh Amirul Haswendy Ashari

PELAKON Shaheizy Sam dan isteri, Syatilla Melvin berkongsi berita gembira apabila mereka dikurniakan anak perempuan hari ini.

Syatilla selamat melahirkan anak kedua mereka di Hospital Ampang Puteri jam 9.15 pagi.

Berita gembira itu dikongsi pelakon Polis Evo itu di laman Instagram miliknya tengah hari tadi.

"Kami bukan lagi bertiga. Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua! 17/04/2019, 9.15am #BabyGirl #SS #KPJAmpangPuteri," tulis Shaheizy.

Lebih menggembirakan adalah kelahiran anak pasangan pelakon itu jatuh pada tarikh lahir ibu Shaheizy iaitu Khaty Fauziah, hari ini.

Pasangan selebriti popular itu berkahwin pada Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata sulung Syeriv Samheizy yang kini berusia setahun 11 bulan.

Disiarkan pada: April 17, 2019 @ 2:26pm
d