rap

'Mizan' kini milik Lizzy

Oleh Ridzuan Abdul Rahman

PENYANYI dan pelakon Elizabeth Tan menamakan kucing peliharaannya Mizan sempena mengenang bekas teman lelaki pertamanya.

Elizabeth, 26, yang mesra membahasakan dirinya Lizzy bagaimanapun menegaskan ia sekadar tanda ingatan dan tiada niat lain.

"Saya baru sahaja beli anak kucing Parsi ini di sebuah laman jual beli online. Saya mencari menerusi pembida dan tahu banyak perkara daripada mereka.

"Usianya baru tiga bulan dan selepas puas fikir saya menamakannya Mizan.

“Bekas teman lelaki saya sudah berkahwin dan saya tidak bermaksud mahu mengungkit kisah lama. Lagipun, saya sudah lupakan kisah lalu dan bahagia menikmati hidup sekarang,” katanya.

Selain Mizan, Lizzy turut memiliki seekor kucing betina daripada baka British Shorthair yang dinamakan Ling Ling.

"Ling Ling kini dijaga seorang kawan saya di Terengganu. Saya mula memeliharanya tahun lalu.

"Memelihara kucing satu terapi buat saya,” katanya.

Kesungguhan Lizzy memelihara kucing mendapat perhatian syarikat Adabi yang melantiknya sebagai duta produk makanan kucing Powercat.

Disiarkan pada: April 23, 2019 @ 5:47pm
d