rap

'Ada lelaki ajak 'main' - Azar Azmi

Oleh Amirul Haswendy Ashari

GARA-gara membawa watak pelacur dalam drama bersiri popular Nur 2, Azar Azmi menerima ‘direct message’ di Instagram daripada beberapa lelaki nakal yang mengajaknya mengadakan hubungan seks.

Azar berkata, ada juga yang mahu menempahnya dengan harga RM150 dan kebanyakan mereka terdiri daripada lelaki dewasa.

Bagaimanapun, Azar enggan melayannya dan menganggap ia hanya gurauan.

"Saya biarkan saja mesej-mesej begitu. Malas nak jawab atau balas komen mereka. Saya anggap ia hanya usikan kerana terpengaruh dengan jalan cerita Nur 2," katanya.

Azar berkata, dia juga bersyukur kerana tidak menerima mesej berbaur ugutan seperti yang diterima Azhan Rani akibat kesan watak Ustaz Hamadi sebelum ini.

Menurut Azar, rezeki dalam bidang lakonan mencurah-curah sehingga jadualnya penuh hingga hujung tahun ini.

“Nur 2 membuka banyak peluang kepada kerjaya dengan tawaran pelbagai watak, bukan sekadar watak antagonis," katanya.

Episod akhir Nur 2 arahan Shahrulezad Mohameddin ditayangkan di slot Samarinda TV3 malam ini.

Disiarkan pada: April 25, 2019 @ 1:01pm
d