rap

'Tiada dendam antara kami' -Hefny

Oleh Najiy Jefri

PELAKON dan pengacara Hefny Sahad mengakui ada berhubung dengan bekas kekasihnya pelakon Uqasha Senrose.

Hefny berkata, dia dan Uqasha masih mengekalkan hubungan baik biarpun sudah tiada sebarang hubungan istimewa.

“Saya ada berhubung dengan Uqasha dan kami bertanya khabar masing-masing. Tiada sebab saya mahu bermasam muka atau bermusuh dengan Uqasha kerana kami berpisah secara baik.

“Saya juga baik dengan ahli keluarganya. Jadi tak manis kalau saya putuskan hubungan silaturahim,” katanya.

Menurut Hefny, dia tidak akan kembali bercinta dengan aktres itu memandangkan mereka lebih sesuai berkawan.

“Setiap perhubungan membuatkan saya lebih matang dan mengenali diri sendiri.

“Selepas putus cinta dengan Uqasha saya rasakan kami lebih sesuai untuk berkawan sahaja.

“Lagipun saya tiada masalah jika bertemu dan mahu digandingkan dengan Uqasha dalam filem atau drama,” katanya.

Disiarkan pada: April 28, 2019 @ 5:52pm
d