rap

Solat dalam bahasa Inggeris

Oleh Najiy Jefri

SELEPAS lebih setahun memeluk Islam, pengarah Michael Ang mengakui dia melafazkan bacaan dan surah solat fardu dalam bahasa Inggeris kerana mengalami kesukaran untuk membacanya dalam bahasa Arab.

Michael berkata, jika mahu menunaikan solat dalam bahasa Arab, dia perlu meletakkan tele panduan solat di depan bagi memudahkannya.

"Saya cuba untuk membaca surah dalam bahasa Arab, tetapi lidah sukar untuk menyebutnya. Nak bertutur dalam bahasa Malaysia pun susah, inikan pula dalam bahasa Arab,” katanya.

Katanya, walaupun belum mahir untuk membaca surah, dia tetap menjalankan kewajipannya sebagai umat Islam.

“Bagi memastikan melaksanakan ibadat wajib, saya melakukannya dalam bahasa Inggeris. Sebelum ini juga saya berdepan kesukaran untuk sujud ketika solat kerana mengalami masalah berat badan, tapi selepas badan semakin susut, saya lebih selesa," katanya.

Sementara itu, Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria ketika dihubungi berkata, seseorang mualaf dibenarkan melafazkan bacaan solat dalam bahasa Inggeris ketika awal penghijrahan.

“Bagaimanapun bagi seorang mualaf wajib baginya untuk belajar dan menimba ilmu cara solat yang sah termasuklah melafazkan bacaan mengikut surah dan tertib," katanya.

Berita berkaitan

Dah lebih setahun bergelar Muslim - Michael Ang

Disiarkan pada: May 3, 2019 @ 4:41pm
d