rap

Laaa, ada lagi? [METROTV]

Oleh Sudirman Mohd Tahir

BELUM reda kisah Aliff Aziz curang bersama seorang gadis dikenali sebagai Nismel, tular pula di Internet gambar penyanyi Singapura itu bercium dengan seorang wanita lain pula, hari ini.

Gambar terbabit memaparkan Aliff dan wanita yang juga model itu memakai baju sedondon berwarna merah dalam aksi cukup mesra yang dipercayai diambil di sebuah pusat hiburan.

Bagaimanapun, wanita terbabit yang dikenali sebagai Meri Meifina tampil menerusi siaran langsung di Facebook hari ini dan mendakwa ia adalah gambar lama.

"Terima kasih kerana tularkan gambar-gambar saya dengan Aliff Aziz. Namun, itu adalah gambar lama saya dengan dia, kenapa nak kena keluarkan sekarang?” katanya.

Namun, Meri tidak menjelaskan bila gambar itu diambil sama ada ketika itu Aliff sudah berkahwin dengan Bella Astillah atau masih bujang.

Meri yang juga ibu tunggal berkata, gambar itu disebarkan pihak tertentu selepas telefonnya hilang di sebuah pusat hiburan sehari sebelum Ramadan lalu.

Menurut Meri, dia dan Aliff tidak pernah menjalin sebarang hubungan istimewa dan dia bukan perosak rumah tangga penyanyi itu dengan isterinya, Bella.

"Ya, telefon saya hilang di kelab malam sebelum puasa, baru-baru ini. Saya tak pasti mereka ambil gambar atau apa dan baru sekarang nak tularkan.

"Saya dengan Aliff memang tak pernah ada apa-apa hubungan. Jadi, anda tak perlu nak komen macam-macam seolah anda itu ahli syurga. Selidik dulu sebelum nak kecam orang. Cermin diri anda dulu.

"Semua orang tahu Aliff Aziz tu macam mana. Jangan salahkan perempuan saja. Bukannya berlagak alim dan kata perempuan seperti saya suka kebas suami orang. Kalau tak mahu suami kena rampas, kena wangi sikit. Baru suami tak lari," katanya yang turut menafikan sengaja menyebarkan gambar itu bagi tujuan publisiti.

Sebelum ini, Aliff pernah mencetus kontroversi dengan dua pelakon wanita iaitu Afifah Nasir dan Oktavia Manrose.

Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia dua tahun.

Sementara itu, sehingga hari ini Aliff terus membisu dan sebarang usaha untuk menghubunginya bagi mendapatkan komen tidak dilayan.

Disiarkan pada: May 16, 2019 @ 2:26pm
d