rap

Gembira bukan kepalang!

Oleh Ridzuan Abdul Rahman

BAHAGIA dan terlalu gembira! Inilah situasi yang dilalui pelakon cantik popular Indonesia, Luna Maya ketika ini.

Bukan kerana sedang asyik memadu kasih dengan buah hati baharu atau didatangi limpahan tawaran berlakon sepanjang Ramadan, tetapi juga kerana satu daripada gambarnya di Instagram (IG) mendapat ‘like’ daripada bintang popular Hollywood, Jessica Alba.

Gambar yang disukai pelakon popular siri Dark Angel ini sebenarnya dimuat naik jurusolek Indonesia yang bekerja di Amerika Syarikat iaitu Archangela Chelsea.

Ia memperlihatkan sisi Luna Maya yang tampil cantik dengan sentuhan solekan daripada Archangela.

Sebelum ini, bekas kekasih Reino Barack ini memang bekerja bersama Archangela untuk sesi potret di Los Angeles.

Archangela pula adalah pengikut Instagram Jessica Alba dan diikuti semula oleh bintang Hollywood itu.

Luna ternyata tidak dapat menyembunyikan rasa bahagianya. Dia teruja dengan perhatian yang diberikan oleh bintang berusia 38 tahun tu.

“Oh my God,” tulisnya dengan menambah gambar kucing yang tampak terkejut di Instagram peribadinya apabila memuat naik bukti ‘like’ daripada Jessica.

Ia dipaparkan dalam ruangan Instagram Story Luna Maya.

Bukan saja Jessica, malah peminatnya juga turut terpegun dengan kecantikan Luna. Mereka rata-rata memuji dan ada yang menggelarkannya sang puteri.

Disiarkan pada: May 18, 2019 @ 5:01am
d