rap

Biar betul Adibah Noor 'sugar mummy'?

Oleh Amirul Haswendy Ashari

"CILAKAK betui! Minta report this account please! (Celaka betul! Minta tolong laporkan akaun ini!)," tulis pelakon dan penyanyi, Adibah Noor meminta peminatnya melaporkan sebuah akaun palsu yang menggunakan fotonya, di laman sosial.

"Sumpah! I tak buat kerja ni! Haih!," tulis Adibah lagi di laman Twitter miliknya, semalam.

Akaun dipercayai LinkedIn itu dilihat menggunakan foto Adibah tetapi menggunakan nama akaun berbeza dengan nama Zafirah Mold yang mempromosi aktiviti temujanji dikenali 'hook-up'.

Perkara itu diketahui Adibah selepas seorang pengikut laman sosial berkongsi tangkap layar (screen shot) akaun itu di Twitter.

"@adibahnoor sejak bila jadi sugar mummy hook up ni?," tulis pengikut laman sosial menggunakan nama @MHaffizJ di laman Twitter.

Menurut @MHaffizJ, akaun palsu itu diperoleh daripada seorang rakannya yang memperolehnya daripada Facebook.

Akaun palsu itu dipercayai mempromosi temujanji yang boleh menjurus kepada aktiviti tempahan persundalan melalui dalam talian.

Disiarkan pada: June 3, 2019 @ 4:07pm
d