rap

PU Rizz santuni pekerja seks di 'lorong hitam'

Oleh Amirul Haswendy Ashari

Selepas perkongsian di laman sosial pendakwah bebas, Ustaz Ebit Liew yang menyantuni golongan pekerja seks di 'lorong hitam' beberapa hari lalu, kini giliran Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Rizz pula berkongsi aktiviti serupa.

Pelakon yang juga pendakwah bebas itu berpendapat, golongan itu mempunyai harapan peratusan tinggi untuk kembali ke jalan Allah.

"Perhatian saya, pertama mereka masih Islam. Kedua, mereka masih buka ruang untuk agama Allah.

"Ketiga, mereka perlukan progres intensif. Jom kita hidup dalam positif," tulis pelakon Anugerah Cinta Aisyah itu di laman sosialnya, hari ini.

Tulisnya lagi, golongan itu juga hamba Allah dan semua insan termasuk dirinya pasti ada kesalahan sedikit sebanyak.

"Walau sebesar mana pun dosa dilakukan, taubat kepada Allah itu yang terbaik," katanya.

Rizz yang bakal muncul dengan filem Ada Apa Dengan Dosa, turut mendedahkan meminta golongan yang disantuninya turut mendoakan dirinya juga.

Katanya, tidak mustahil mereka itu akan menjadi lebih baik berbanding dirinya satu hari nanti.

"Sama-sama doakan antara 'you and I'. Seperkara lagi, ini adalah pengalaman yang hebat!," tulisnya.

Disiarkan pada: June 3, 2019 @ 6:10pm
d