rap

Mia Ahmad 'korban'kan lakonan demi Sayf

Oleh Syafil Syazwan Jefri

PELAKON Mia Ahmad sanggup ‘korban’kan dulu kerjaya lakonannya semata-mata mahu menjaga anaknya, Sayf Issa yang kini berusia tujuh bulan.

Mia berkata, apabila dia sudah betul-betul bersedia untuk kembali berlakon, baru dia akan mulakan semula. “Buat masa sekarang, saya lebih selesa untuk bersama anak. Saya memang rindu sangat untuk kembali berlakon, tapi demi anak dan keluarga saya korbankan dulu minat saya itu," katanya.
Mia berkata, dia juga lebih selesa untuk menjaga Sayf sendiri daripada berbanding mengambil pengasuh kerana bimbang menjadi mangsa penderaan.

Menurut Mia, kisah penderaan kanak-kanak oleh segelintir pengasuh yang tular di media sosial banyak mempengaruhinya sekali gus membuatkannya rasa takut.

“Bagaimanapun, saya pembantu yang boleh tolong tengok-tengokkan anak jika saya perlu hadir ke mana-mana acara dan sebagainya.

"Namun, jika tinggalkan anak terlalu lama, saya tidak mahu kerana saya susah untuk percayakan orang yang saya tak kenal," katanya.

Disebabkan itu juga Mia memilih untuk berehat seketika dari bidang lakonan.

"Dalam tempoh setahun pertama ini, banyak perkara yang anak saya nak belajar. Kadang-kadang, kalau nak keluar rumah dan tinggalkan dia sekejap pun saya sudah rasa serba salah,” katanya.

Disiarkan pada: June 6, 2019 @ 3:16pm
d