rap

Nonny beraya dengan bekas suami

Oleh Sudirman Mohd Tahir

"BERKAWAN lebih baik. Allah maha baik. Doa saja yang baik-baik," kata pelakon Nonny Nadirah yang berkongsi meraikan 1 Syawal bersama bekas suami, Mustain Adnan.

Nonny, 30, atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin memuat naik rakaman video 'live IG' dia mengunjungi rumah bekas suaminya itu.

Menerusi video itu, Nonny berkata, dia dijemput bekas suami untuk datang beraya bagi mengeratkan silaturahim.

"Ini bekas suami saya. Nasiblah hari raya, kalau tak, tidaklah saya tengok muka dia lagi.

"Dia cakap nak rapatkan silaturahim, jadi dia suruh datang beraya. Saya ini kalau ikutkan tiada mood nak beraya. Nak balik kampung pun tak nak.

"Saya 'team move on' dan 'team broken'. Tapi, tiba-tiba kena jumpa dia balik. Takkanlah dia 'team' saya," katanya.

Dalam video itu juga, Nonny turut mendoakan bekas suaminya dipertemukan jodoh terbaik.

"Tiada jodoh antara kami. Jodoh tak panjang. Sembilan tahun berkawan, tapi kahwin tak sampai setahun.

"Pertemukanlah dia dengan pasangan yang terbaik daripada aku," katanya.

Video berdurasi 8 minit 55 saat yang dimuat naik semalam itu sudah mencecah tontonan hampir 100,000 dan mendapat lebih 200 komen.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 18 Mac tahun lalu di Kota Kinabalu, Sabah dan sudah tidak tinggal sebumbung sejak Oktober tahun lalu.

Disiarkan pada: June 8, 2019 @ 2:58pm
d