rap

'Tambah anak kucing, bukan anak tekak'

Oleh Amirul Haswendy Ashari

GENAP berusia 34 tahun semalam, penyanyi Lan Solo menerima ucapan daripada isteri, Nur Sheila Hassim yang juga pengurusnya di laman Instagram.

“Selamat ulang tahun sayang. Walaupun hari ini ulang tahun kelahiran awak, kerja tetap kerja, okey? Pergi nyanyi dulu, kejap lagi pergi beli beg tangan baru ya?.

“Umur genap 34 tahun sudah, cukuplah ya empat (anak) saja. Kalau hendak tambah lagi, kita tambah anak kucing saja, okey? Jangan tambah anak 'tekak' lain lagi pula," tulis Nur Sheila.

Nur Sheila secara berseloroh turut berkata, zakat sekarang pun sudah mahal, sedang elok untuk enam kepala saja.

Katanya, kalau tambah kepala lain nanti susah, jadi cukuplah sekadar membayar zakat untuk dirinya dan empat anak mereka.

"Bukan apa, saya risau awak tidak mampu untuk uruskan kalau ada penambahan.

"Jadi janganlah hendak berani urus tambahan yang tidak sepatutnya. Sekian pesanan khidmat amaran dari saya. Selamat hari lahir sekali lagi," tulisnya.

Lan dan Sheila mendirikan rumah tangga pada 5 Disember 2009 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Disiarkan pada: June 12, 2019 @ 3:02pm
d