rap

Badi kata-kata

Oleh Amirul Haswendy Ashari

“AGAKNYA sebab itu isteri saya belum ‘berisi’,” kata pelakon Shah Iskandar. Shah, 37, yang berkahwin dengan usahawan kosmetik dan spa kecantikan, Siti Sarah Mohd Noor, 32, di Singapura pada 16 Januari 2016 sebelum ini pernah menyatakan hasrat mahu merancang dalam mendapatkan anak.

Sehubungan itu, dia berasakan tindakannya itu salah dan belum dikurniakan anak walaupun selepas lebih tiga tahun berkahwin.

“Usaha sentiasa ada, cuma isteri belum ada ‘isi’. Saya akui ‘silap’ kerana ketika mula-mula berkahwin, saya beritahu isteri mahu merancang terlebih dulu.

“Kini saya menyedari setiap kata-kata itu adalah doa dan saya terpaksa belajar the hard way (dengan cara yang sukar),” katanya.

Shah yang juga pelakon drama bersiri Jodoh Jodoh Anissa itu turut berpesan kepada pasangan baru berkahwin supaya jangan merancang.

“Seelok-eloknya selepas berkahwin segera dapatkan anak, janganlah merancang. Lagipun anak itu adalah rezeki Allah,” katanya.

Bagaimanapun, menurut Shah, mereka belum lagi terfikir untuk melakukan rawatan kesuburan, menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) atau mengambil anak angkat.

Shah berkata, dia dan isteri percaya untuk berusaha mendapatkan anak melalui cara semula jadi.

Disiarkan pada: June 21, 2019 @ 4:30am
d