rap

Peminat ajak 'tidur' - Ismail Izzani

Oleh Syafil Syazwan Jefri

PENYANYI Ismail Izzani, 19, mengakui kerap menerima mesej berbaur lucah selepas sering bersenam dan memiliki bentuk badan lebih tegap.

Menurut Ismail lagi, ada juga individu mempelawanya bermalam bersama.

"Saya tak nafikan ada menerima pelbagai mesej lucah daripada individu tidak dikenali. Kebanyakannya menghantar mesej di media sosial saya.

"Antara mesej paling mengarut apabila ada yang mengajak saya bermalam bersamanya. Katanya, dia sanggup bayar saya hingga RM500,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut penyanyi lagu Luar Biasa itu, dia bagaimanapun tidak ambil serius perkara itu kerana sudah jadi perkara biasa dalam kehidupan anak seni. "Bagi saya, ini benda biasa dalam hidup artis. Jadi, saya cuma baca dan mampu ketawa sahaja setiap kali ada mesej mengarut sebegini,” katanya. Ismail mendedahkan bukan hanya di media sosial malah ada peminat mengekorinya hingga ke tandas.

"Kalau di media sosial, mereka hanya hantar mesej mengarut. Di luar lain pula ceritanya apabila ada yang sanggup mengekori saya dan ia menakutkan,” kata Ismail.

Terbaru, Ismail rancak menyiapkan single terbaru berjudul semua Itu yang akan dilancarkan pada Julai nanti.

Disiarkan pada: June 24, 2019 @ 3:58pm
d