rap

Eizlan bersyukur anak selamat

Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

"SAYA sangat panik sebaik mengetahui Zareef kemalangan. Syukur kepada Allah tiada yang serius menimpa ke atas anak saya," kata pelakon, Datuk Seri Eizlan Yusof selepas anaknya, Zareef Yusof, 9, yang juga pelakon cilik terbabit kemalangan di Sabak Bernam, hari ini.

Eizlan berkata, dia mengetahui kejadian jam 10 pagi menerusi aplikasi WhatsApp yang dikirimkan rakannya.

"Sebelum itu saya dihubungi beberapa kali jam 8.30 pagi namun tidak menyedari kerana telefon bimbit dalam keadaan mod diam, berikutan sedang bekerja di Kuala Lumpur.

"Apabila tahu anak kemalangan, saya begitu terkejut, panik dan cemas," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Katanya, dalam kejadian itu anaknya menaiki Toyota Vios dipandu ibu saudara Zareef menuju ke set penggambaran drama Mak Cun musim kelima di Sabak Bernam.

"Sebaik menghubungi mereka semula, saya bersyukur kerana Zareef dan Zazoo terselamat," katanya.

Eizlan berkata, dia bertambah cemas apabila diberitahu kemalangan menyebabkan kereta dinaiki anaknya terbalik.

"Alhamdulillah, apa yang penting Zareef tidak cedera dan dia sudah berada di lokasi bagi menyambung penggambaran," katanya.

Menurutnya, biarpun anaknya selamat dia tetap bergegas ke lokasi bagi melihat keadaan anak kesayangannya.

Berita berkaitan

Anak Eizlan terbabit kemalangan

Disiarkan pada: July 11, 2019 @ 3:55pm
d