rap

Juliana Evans bersalin anak pertama

Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

PELAKON, Juliana Evans selamat melahirkan cahaya mata pertama hasil perkahwinan bersama Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj, hari ini.

Juliana menerusi Instagram miliknya memuat naik sekeping foto dan menzahirkan kesyukuran apabila sudah bergelar ibu.

"Alhamdulillah, I am a mother (saya seorang ibu)," katanya dalam gambar yang dimuat naik.

Melalui foto berkenaan, Juliana dilihat sedang berehat di katil sambil memandang wajah anaknya.

Setakat ini, Juliana belum mendedahkan jantina dan berat bayi termasuk lokasi hospital dia bersalin.

Menerusi foto itu juga, peminat beranggapan ia bayi perempuan berikutan kain yang membaluti anaknya berwarna merah jambu.

Julia ketika dihubungi setakat ini belum mengangkat talian atau membalas kiriman WhatsApp.

Disiarkan pada: July 13, 2019 @ 5:54pm
d