rap

Syukur dengan petunjuk

Oleh Ardini Sophia Sina

"SAYA bersyukur dengan petunjuk yang Allah berikan," kata pelakon Aishah Azman mengulas kisah putus tunang dengan Syafie Naswip yang dilaporkan baru-baru ini.

Aishah ketika dihubungi berkata, dia mohon maaf kerana tidak dapat memberikan sebarang kenyataan lebih lanjut mengenai perpisahan mereka.

Pelakon yang juga adik kepada aktor Afiq Muiz itu turut mohon diberikan ruang untuk menenangkan diri.

"Maaf, saya tidak dapat ulas lanjut mengenai perkara ini. Apa yang saya perlukan adalah masa untuk bersendirian," katanya.

Semalam, Syafie mengakui sudah putus tunang dengan Aishah dan menjelaskan ia bukan disebabkan orang ketiga mahupun masalah keluarga.

Terbaru, Syafie menerusi keterangan gambar di Instagram menulis bahawa ajal, maut, jodoh dan pertemuan semua dengan izin-Nya.

"Kita doa yang baik-baik sahaja ya. Terus positif dan sebarkan kasih sayang," tulisnya.

Syafie dan Aishah mengikat pertunangan dalam majlis serba mewah serta meriah pada 7 April lalu dan dijangka bernikah hujung tahun ini.

Mereka sebelum itu sudah menjalin hubungan percintaan selama setahun sebelum akhirnya mencapai kata sepakat untuk bertunang.

Mereka mula berkenalan dan rapat selepas mereka membintangi sebuah drama bersama pada 2017.

Berita berkaitan

Syafie Naswip, Aishah Azman putus tunang

Disiarkan pada: July 24, 2019 @ 8:28pm
d