rap

Mus tak sertai showcase Joe

Oleh Ridzuan Abdul Rahman

PENYANYI Mustaffa Din, 51, menjelaskan tidak dapat memenuhi permintaan peminat yang mahu melihatnya beraksi bersama pemain gitar terkenal Joe dalam showcase Joe Barbarik & PrimeD di Uncle Chilli’s, Hotel Hilton Petaling Jaya jam 9.30 malam esok.

Perkara itu dimaklumkan oleh bekas penyanyi kumpulan May itu di laman Facebooknya.

Mus turut meminta peminat supaya menyokong Joe dengan hadir menonton showcase itu.

"Memang terlalu ramai yang bertanya, apakah saya datang ke showcase Joe ini?

"Bahkan ramai juga yang bertanya sama ada saya terbabit mengadakan persembahan.

"Tak terkecuali ramai yang begitu menaruh harapan tinggi kalau saya hadir, tapi sudah dijelaskan saya memang tak dapat turut serta," katanya kepada Harian Metro.

Mus berkata, dia mempunyai perkara lebih penting iaitu urusan keluarga yang perlu diselesaikan sebelum memikirkan perkara lain.

"Sebagai rakan artis, saya tolong promosi showcase Joe dan tak salah rasanya untuk berbuat demikian.

"Kami sama-sama cari makan dalam seni dan siapa lagi yang nak sokong kalau bukan kita sendiri," katanya.

Mus pernah bergelar penyanyi Wings menerusi album berjudul Biru Mata Hitamku, Mencari Asal Usul, Mr Barbarik dan terbabit dalam album Double Trouble 2.

Lagu Biru Mata Hitamku berjaya menjulang popularitinya bersama Wings.

Kenyataan Joe yang mahu menampilkan lagu ciptaannya ketika Mus bersama Wings dalam showcase itu mencetuskan spekulasi peminat yang Mus akan terbabit sama beraksi.

Disiarkan pada: August 3, 2019 @ 9:54pm
d