rap

Haqiem Rusli bawa ibu bapa tunai umrah

Oleh Najiy Jefri

PENYANYI Haqiem Rusli meluahkan rasa teruja apabila dapat membawa kedua ibu bapanya menunaikan ibadah umrah pada November depan.

Haqiem, 21, ketika dihubungi berkata, berpeluang membawa orang tuanya ke Tanah Suci adalah satu kepuasan sebagai seorang anak.

"Memang sudah lama saya menyimpan niat nak bawa ibu dan ayah menunaikan umrah. Alhamdulillah dalam kesibukan jadual kerja yang padat, Allah makbulkan impian saya untuk membawa mereka ke Tanah Suci pada November depan.

"Bagi saya, inilah kepuasan sebagai seorang anak apabila dapat berbakti kepada orang tua yang banyak berkorban dan membesarkan kita hingga dewasa.

“Saya juga berharap anak muda sekarang sudah mula mengumpul duit dan memasang impian untuk membawa ibu bapa mereka menunaikan umrah ," katanya.

Menurutnya, pemergiannya ke Tanah Suci pada November depan adalah buat kali pertama.

"Tak sabar rasanya nak menjejakkan kaki ke Makkah buat kali pertama bersama keluarga dan saudara-mara nanti.

"Susah nak gambarkan perasaan teruja ini, tapi saya selalu berdoa supaya urusan ke Tanah Suci dipermudahkan," katanya.

Disiarkan pada: August 6, 2019 @ 5:50pm
d