rap

Fadlan Hazim nak kahwin tahun depan

Oleh Najiy Jefri

PELAKON Fadlan Hazim meletakkan sasaran selewat-lewatnya tahun depan untuk melangsungkan pernikahan dengan teman wanitanya, Julie Anne Kang.

Fadlan, 27, berkata, banyak perkara yang perlu dibuat terutama tanggungjawab berat yang harus dipikul sebagai anak sulung.

“Sebelum berkahwin, saya mahu memastikan ibu dan adik-beradik lain cukup serba-serbi. Sebagai anak sulung yang sudah tiada bapa, saya perlu memastikan keluarga berada dalam keadaan yang stabil.

“Julie juga sibuk mengembangkan perniagaannya membuatkan kami tiada masa untuk berfikir soal kahwin buat masa ini.

“Lagipun, kami tidak mahu apabila sudah berkahwin nanti, kami serabut dengan perkara yang tak penting hingga bergaduh,” katanya.

Jika bukan tahun depan, Fadlan turut meletakkan sasaran untuk berkahwin sebelum usia mencecah 30 tahun.

“Adik bongsu saya baru tamat SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), jadi saya mahu selesaikan pengajian dia terlebih dulu. Saya dan Julie baru berusia 27 tahun, jadi masih ada masa lagi.

“Selalunya anak sulung yang perlu menjaga ibu tanpa kehadiran bapa memang akan kahwin lambat,” katanya.

Disiarkan pada: August 14, 2019 @ 6:02pm
d